Pelajar University Taylors bawa cabaran Malaysia di London


Diberi gelaran "Undefeatable Trios" pasukan yang dibentuk dari University Taylors bakal membawa cabaran Malaysia pada pertandingan Future Leaders League Dunia di Londan pada Mac tahun hadapan.

Pasukan yang dibarisi Laura Wong Kar Mun, Lavania Vijyakumar dan Ang Jun Yik itu layak ke bertanding ke London berikutan kejayaan menjadi juara kebangsaan pertandingan itu, baru-baru ini.

Lavania yang merupakan ahli pasukan tersebut, tidak menyangka bahawa mereka bakal menyandang juara kebangsaan bagi pertandingan tersebut sekali gus membawa mereka ke London serta mengharumkan nama University Taylors.
Mengulas mengenai kajian, Lavania berkata, kini mereka dalam proses menambah baik kajian bagi memantapkan idea pelan pemasaran, strategi perniagaan selain mengaplikasikan konsep yang dirancang.

Lebih 150 penyertaan diterima daripada seluruh Malaysia dan hanya 10 pasukan yang terbaik berentap pada pertandingan akhir kebangsaan.

Sementara itu, menurut Pengurus Pembangunan Kepimpinan Unilever, Ramya Balakrishnan, berkata pertandingan peringkat dunia yang dijadualkan Mac tahun dapan, bakal menghimpunkan pemimpin-pemimpin muda dari seluruh dunia dan bakal merasa pengalaman kempimpinan dunia dan perniagaan di Unilever.

Pertandingan itu bakal memberi peluang kepada pelajar untuk melaksanakan urusan perniagaan sebenar dengan mendapatkan bimbingan daripada pemimpin terbaik dan membina kemahiran diperlukan untuk menjadi pemimpin terbaik.

Pertandingan yang ditaja oleh Cornetto itu , bertujuan memberi pendedahan serta mencari pemimpin pada masa hadapan yang berkongsi misi Unilever menekankan masa depan cemerlang dengan mempraktikkan perniagaan inovatif serta mapan dan boleh dikekalkan.

Menerusi pertandingan tersebut , peserta perlu menganalisis dan membina pelan pemasaran yang boleh diguna pakai untuk pasaran di media sosial mahupun di kedai.

Pelajar diharap mampu meningkatkan imej negara melalui pertandingan ini serta mampu meningkatkan imej University di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Related Posts :

0 Response to "Pelajar University Taylors bawa cabaran Malaysia di London"

Catat Ulasan