Seluruh peminat kenderaan model Nissan pastinya tidak
sabar-sabar menantikan model kereta terbarunya iaitu Nissan Navara NP300 yang
mempunyai kekuatan pikap yang cukup tinggi. Model kereta berkenaan telah
dilancarkan untuk pasaran di Malaysia oleh Edaran Tong Chong Motor (ETCM).
Apa yang dapat dilihat melalui kereta ini, ia mempunyai enam
varian antaranya Varian Single Cab 2.5 L manual, dua varian Double Cab manual
yang dilengkapi enam kelajuan ( 2.5 E dan 2.5 SE ) dan tiga varian Double Cab
automatik tujuh kelajuan ( 2.5 SE , 2.5 V DAN 2.5 VL ).
Walaupun mempunyai perbezaan dari segi jumlah tempat duduk
dan jenis transmisi, kesemuanya adalah pacuan 4WD dan menggunakan enjin sama;
2.5 L YD25DDTi generasi ketiga dengan sistem turbo geometri boleh ubah ( VGS),
mampu menghasilkan kuasa maksimum sebanyak 187hp dan 450Nm tork pada varian
tertinggi iaitu 2.5 VL.
Model Nissan Navara ini adalah produk yang telah diimport
dari Thailand. Berdasarkan kajian dan analisis yang dilakukan didapati Navara
NP300 berjaya menjadi kenderaan atau kereta pertama dalam kelasnya dari segi
pelbagai aspek termasuk transmisi automatik tujuh kelajuan dan digabungkan
dengan mod manual, sistem suspensi Multi-Link, lampu utama LED sepenuhnya
dengan Lampu Nyalaan Siang (DRL), tempat duduk yang diinspirasikan kepada zero
gravity dan corong pendingin hawa atau aircond di bahagian belakang.
Sekiranya ingin membeli kereta, pastinya aspek keselamatan
perlu dilihat . Bagi aspek keselamatan Nissan Navara 300 ini , untuk varian
Single Cab 2.5 L manual hanya dilengkapi dua beg udara, manakala varian 2.5 E
mempunyai tambahan cangkuk ISOFIX yang memberi keselamatan yang baik kepada
pengguna yang memandunya.
Manakala varian-varian lain mempunyai ciri keselamatan yang
lengkap termasuk brek ABS, t, BA, Hill Start Assist , Hill Descent Control,
Active Brake Limited Slip, Vehicle Dynamic Control dan Traction Control System.
Nissan Navara NP300 diimport sepenuhnya dari Thailand dan
dijual pada harga bermula RM 79 000 hingga RM 121 000. Ia hadir bersama jaminan
selama tiga tahun atau sejauh 100 000 km.
0 Response to "Nissan Navara 300 janji kelainan"
Catat Ulasan