Ingatkan ASUS saja yang keluarkan model telefon tapi Acer pon dan lancarkan juga. Dua syarikat gergasi Laptop dan PC ni nampaknya dah mula ambil serius mengenai kepentingan telefon pintar. Acer akhirnya memperkenalkan tiga telefon pintar terbaru Liquid Z330, Z530 dan Z630 yang masing-masing dijual pada harga yang sangat berpatutan dengan kadar ekonomi di negara ini.
Acer Liquid Z330 hanya berjumlah RM439.00. Murahkan harga dia? Tapi bagi yang rasa duitlah, hehe. Acer ini mempunyai skrin 4.5 inci jenis FWVGA (854 X 480 piksel) bersama kamera beresolusi 5MP depan belakang pada pemprosesan quad qore 1.1GHZ Qual-comm Snapdragon 210 (MSM8909).
Bagi pengguna yang membelinya, anda akan memperoleh storan dalaman 8GB selain RAM sebanyak 1GB, dan selain itu ia turut menyediakan slot kad mikroSD. Kalau ikutkan saya telefon ini memang sesuai untuk mereka yang kurang bermain game tapi pentingkan kelajuan untuk bermain aplikasi seperti Facebook, Whatssap , Wechat dan banyak lagi.
Bagi Liquid Z530 pula, Acer menumpukan pada skrin 5.0 inci IPS HD (1280 x 720) di samping kamera depan belakang beresolusi 8MP yang menggunakan pemprosesan quad qore 1.3GHz MT6735 untuk mengoperasikannya.
Pada storan 16GB (tidak dilupakan slot kad memori mikroSD) dan RAM sebanyak 2GB ini, telefon ini hanya bernilai RM559 lengkap dengan bateri 2420mAh (boleh buka tu) yang menggunakan sistem operasi Android Lolipop 5.1 serta Acer liquid UI/AcerFloat. Kalau kaki game boleh beli telefon ni. Sebab nanti nak download mudah disebabkan Ram dan sistem pemprosesan yang tinggi.
Bagi yang kaki video,streaming atau apa-apa sahaja berkaitan internet, anda boleh dapatkan Acer Liquid Z630 yang menampilkan rangkaian LTE Cat4. Untuk pengetahuan anda rangkaian tersebut boleh memindahkan data muat turun sehingga 150 Mbps. Bateri dia pon tahan lama sebab kapasitinya adalah 4000mAh.
Saiz skrin bagi Acer ini adalah 5.5 inci HD720P ( 1280 x 720 piksel) 267ppi. Kamera Acer ini juga mempunyai persamaan dengan model Acer Z530 dan Acer Z630 iaitu 8MP. Anda boleh dapatkan model ini dengan hanya RM649. Untuk pengetahuan anda juga, semua telefon Acer ini mempunyai dua slot sim kad biasa dan memudahkan untuk mereka yang mempunyai lebih dari satu sim kad. Selamat mencuba.
0 Response to "Giliran Acer perkenal telefon pintar "
Catat Ulasan