Sebanyak 37 klinik kesihatan di Pahangn akan menyediakan program berhenti merokok pada tahun depan bagi membantu masyarakat mengatasi masalah gaya hidup kurang sihat kepada langkah mengamalkan gaya hidup sihat tanpa rokok.
Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, berkata pembukaannya akan menjadikan semua klinik kesihatan di negeri ini mempunyai kemudahan berkenaan selain lima hospital iaitu Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, Hospital Pekan, Hospital Raub dan Hospital Kuala Lipis.
Katanya, sebelum ini, kemudahan itu disediakan di 47 klinik kesihatan, yang menyaksikan seramai 20 daripada 554 orang yang mendaftar di klinik berkenaan pada 2014, berjaya berhenti merokok. "Pada Januari hingga Jun lalu pula, seramai 353 orang mengikuti program berhenti merokok dan selepas enam bulan seramai 21 orang berjaya berhenti merokok. Kaedah rawatan digunakan adalah gabungan penggunaan ubat dan kaunseling.
"Sehubungan itu, bagi meningkatkan kemudahcapaian masyarakat terhadap perkhidmatan klinik berhenti merokok, 37 klinik kesihatan lagi akan memulakan perkhidmatan itu pada awal tahun depan," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini. Beliau berkata, program berhenti merokok dikendalikan anggota terlatih terdiri daripada pakar perubatan keluarga dan pegawai perubatan, farmasi, pemakanan dan paramedik.
Orang ramai juga boleh mendapat perkhidmatan dari aspek promosi kesihatan, pencegahan dan kaedah berhenti merokok.

0 Response to "Pahang anjur program henti merokok (No Smoking)"
Catat Ulasan