Sekarang ini boleh kita lihat, hampir semua golongan tidak
kira tua mahupun yang muda menggunakan telefon pintar jenama Asus. Apa yang
ingin diketengahkan disini adalah, sekiranya Asus membawa tablet 7.0 ke pasaran
pastinya ia memberi satu dimensi yang baru kepada pengguna tablet khususnya.
Keluaran tablet terbaru Asus, ZenPad 7.0 pastinya membuatkan
golongan yang meminati tablet ini tidak duduk senang. Untuk pengetahuan
pembaca, tablet ini bukanlah tablet Asus versi murah iaitu Zenpad C 7.0. Anda perlu membuat perbandingan sekiranya
ingin membuat pembelian tablet berkenaan dan bagi saya ia jelas ketara dari
segi performance.
Zenpad 7.0 telah diumumkan pada Pameran Computex pada
pertengahan tahun ini dan mempunyai ciri-ciri seperti Nexus 7. Ia menggunakan pemprosesan
64 bit Intel, sokongan mikroSD, teknologi paparan HDR dan beberapa pilihan
aksesori seperti cover ASUS yang jelas membuktikan ia bukan calang-calang
tablet Android.
Sekiranya anda membuat perbandingan dari depan, pastinya ia
hanyalah seperti tablet biasa. Bezel skrin hitam di atas dan di bawah skrin ia
dibangunkan sedikit tebal dan hanya ada sensor kamera depan selain mikroSD. Apa
yang membuatkan ia seolah-olah mewah adalah ketika anda membuat pusingan tablet
itu dan anda akan alami perbezaan yang cukup unik berbanding tablet yang lain.
Cover tablet Asus Zenpad 7.0 boleh ditanggalkan dan apabila
ia ditanggalkan ia seolah-olah mempunyai satu tekstur seakan-akan kemasan kulit
yang membantu anda untuk memegang dengan kemas dan selesa yang mempunyai berat
272g dan kenipisan 8.7mm.
Tablet ini dibangunkan untuk memberi keselesaan kepada
pengguna yang ingin menggunakan mod potret supaya tidak terlalu bimbang
sekiranya ingin menggunakan terlalu lama. Anda boleh mendapati tablet ini dalam
pelbagai warna. Pastinya tablet ini memperlihatkan corak yang menarik dan kalau
anda perasan ia seolah-olah beg kepit.
Asus ini dilengkapi skrin beresolusi 1280 x 800 IPS dan
meskipun ia bukan sesuatu yang groundbreaking sekurang-kurangnya ia cukup
menawan ditambah lagi dengan teknologi Tru2Life yang menjadikannya seakan-akan
TV pada skrin tablet.
ZenPad 7.0 menggunakan pemprosesan Intel Atom 64 bit dengan
pilihan random access memori (RAM) 1GB atau 2GB serta dilengkapi GPU Mali-450
MP4. Sudah cukup untuk mengoperasikan aplikasi dan pastinya mengurangkan lag
pada tablet.
Semua asas sambungan turut tersedia termasuk sklot miro SIM
untuk menawarkan sambungan 3G dan sokongan Miracast untuk memancarkan kandungan
tablet ke skrin TV. Ia beroperasi dengan operating system Android 5.0 Lollipop
dan jika mahukan kamera, ia tersedia pada kamera utama 8MP dan pilihan 5MP pada
kamera hadapan
Bateri utama 3450 mAh membolehkan anda menggunakan tablet
ini secara aktif selama 6 hingga 8 jam. Harga yang ditawarkan di pasaran
Malaysia adalah sebanyak RM 749. Ia mempunyai sedikit kontra pada operasi ZenUi
yang didapati kurang lancar. Apapun dapatkan dahulu barulah menilai.
0 Response to "Zenpad 7.0 miliki ciri-ciri mewah"
Catat Ulasan