Kenal apa itu Insurance MCIS Zurich





Bercerita mengenai insurance? Mesti ramai yang nak cari insurance yang terbaik buat diri anda terutamanya ketika insiden atau kemalangan membabitkan kenderaan. Jadi kami mencadangkan untuk memilih syarikat insurance MCIS.

Apa itu MCIS? Malaysian Cooperative Insurance Society (MCIS) dibentuk pada tahun 1954. Perniagaan insurans dipindahkan dengan Zurich Financial Services Group pada tahun 1998 untuk membentuk MCIS Zurich Insurance Berhad. Berdasarkan Zurich Financial Services Group yang memberikan perkhidmatan di lebih 170 buah negara, pengalaman ini membenarkan mereka untuk menjadi pembekal insurans di Malaysia.

Bagaimana untuk memperbaharui insurance anda dengan MCIS? Sebelum membuat permohonan untuk mendapat insurance pastikan anda telah memilih pakej premium yang sesuai dengan diri anda dan kemudian anda boleh mendaftar secara online atau secara atas talian di mana-mana agensi yang diyakini. Anda hanya perlu melengkapkan borang permohonan yang disediakan, dan agensi berkenaan akan memproses data anda secepat yang mungkin.

Apakah nombor telefon dan jenis-jenis bantuan yang diberikan? Sekiranya anda terbabit dalam kemalangan atau kerosakan , anda boleh menelefon melalui talian 1-300-880-893 yang dibuka 24 jam tanpa henti.Sekiranya terdapat kerosakan pada kenderaan anda. MCIS akan menaggung kos penghantaran ke bengkel sebanyak RM100.00 manakala caj tambahan yang akan ditanggung oleh pemegang polisi.

MCIS juga akan menawarkan waranti 6 bulan untuk proses pembaikian oleh panel bengkel yang diluluskan.MCIS Zurich juga turut menawarkan MCIS Zurich AUTOMATE kepada pemegang polisi insurans kereta komprehensif mereka. Servis 24 jam ini menyediakan perkhidmatan kepada pemandu yang mengalami kemalangan dan kerosakan.

Related Posts :

0 Response to "Kenal apa itu Insurance MCIS Zurich"

Catat Ulasan