Dua Model Renault sesuai bergerak di bandar


Dua model terbaharu keluaran Renault di Malaysia, Renault Captur dan Renault Clio GT Line kini memiliki kelebihan sebagai kenderaan yang sangat serasi dengan penggunaan di dalam bandar. Rekaan kompak keduanya hadir dengan penggayaan sentuhan sporty yang ingin menampilkan ciri-ciri imej aktif.

Dalam satu sesi percubaan yang dijalankan, kedua-dua model ini yang dilengkapi enjin 1.2 liter turbocaj telah mempamerkan aspek pemanduan yang sangat baik walaupun kuasa puncak dan kepantasan maklum balas enjin tidak menjadi satu daripada kelebihannya, ia bagaimanapun menawarkan pemanduan bersahaja dengan kendalian yang mudah.

Renault Captur yang juga merupakan sebuah kenderaan crossover urban bukan sahaja memiliki bentuk yang unik di bahagian luar dan dalaman tetapi ia memberi keselesaan kepada pengguna yang memandunya. Dengan pakej dan warna yang ditawarkan, ia jelas direka untuk menepati keperluan dan gaya hidup golongan GEN-Y yang aktif.
Spesifikasi 

Renault Captur

Enjin  : 1.2 liter turbocaj
Kuasa Maksimum : 118hp @ 4900 rpm
Tork Maksimum : 190 Nm @ 2000 rpm
Harga : RM 126 634 termasuk GST

Renault Clio GT Line pula merupakan varian yang lebih asas tetapi lebih sporty bagi model Clio sebelum ini. Dari aspek pemanduan, walaupun mempunyai enjin yang sama dengan Renault Captur, mod gear Sport yang disediakan menjadikan pemanduan lebih mengujakan pada waktu-waktu terntentu.

Spesifikasi 

Renault Clio GT Line

Enjin  : 1.2 liter turbocaj
Kuasa Maksimum : 118hp @ 4900 rpm
Tork Maksimum : 190 Nm @ 2000 rpm
Harga : RM 121 497 termasuk GST

Ketika pandu uji ringkas dijalankan , satu lagi kelebihan Renault Captur yang dapat dikenal pasti adalah kelebihan penjimatan minyak ( 4.9 liter/100km)

Related Posts :

0 Response to "Dua Model Renault sesuai bergerak di bandar"

Catat Ulasan