Audi Malaysia baru-baru ini telah melancarkan sebuah kereta yang cukup mewah diberi nama Audi Q7. Diberi jolokan Great Quatro, model SUV terbaru ini adalah terhasil daripada penciptaan kereta Audi yang lain antaranya Audi Q3 dan Q5. Selain daripada reka bentuk Audi Q7 yang tampak lebih segar, Audi Q7 ini turut mempunyai perubahan daripada aspek dimensi.
Perubahan aspek dimensi yang dimaksudkan ialah penambahan ketinggian sebanyak 3mm, pengurangan lebar sebanyak 15mm dan penambahan ruang dalam sebanyak 81mm. Untuk pakej kuasa pula, Audi Q7 ini dilengkapi dengan enjin 3.0 TFSI V6 petrol yang juga dipadankan dengan transmisi Tiptronic lapan kelajuan, berkemampuan secara maksimum 333hp dan 440Nm tork.
Dilengkapi kuasa motor sebanyak ini, model Audi Q7 ini mampu memberikan pemanduan sporty dan dinamik kepada pemandu tambahan pula, bagi model ini, berat keseluruhannya berkurangan sebanyak 325 kilogram.
Apa yang dikatakan mewah disini ialah, pada bahagian dalam kereta, pemandu dan penumpang akan disambut seolah-olah dalam keadaan yang cukup mewah, lengkap dengan pelbagai alatan canggih seperti kokpit virtual, skrin tengah 8.3 inci, navigasi MMI, system bunyi Bose 3D 19 pembesar suara dan tempat duduk yang boleh dilaras kepada pelbagai kedudukan untuk kemudahan pengguna.
Bagi mod pemanduan pula, selain daripada penggunaan mod Auto, Dynamic, Effiency dan Comfort, Audi Q7 juga turut didatangkan dengan mod Allroad yang dapat menyediakan kenderaan untuk melalui pelbagai permukaan dengan meninggikannya sebanyak 25mm dan mod Lift/Offroad untuk laluan mencabar dan kenderaan dapat ditingkatkan sehingga 60mm secara maksimum.
Dari aspek keselamatan pula, kenderaan yang memiliki tujuh seat duduk ini didatangkan bersama lapan beg udara, ABS,EBD,ESC ASR,EDL dan penunjuk kekurangan angin tayar. Audi Q7 ini dipasarkan di pasaran Malaysia dengan harga bermula RM 589 900 dalam pilihan 10 warna.

0 Response to "Audi Q7 kereta serba mewah"
Catat Ulasan