Tips elak laptop atau pc cepat panas


Laptop atau PC anda kerap panas? Ramai yang sedang tertanya-tanya apa yang perlu buat kalau Laptop atau PC cepat panas. Kadang-kadang bila nak main games, nak tengok video, nak download file yang berat-berat ataupun sebagainya, Laptop dan PC cepat shutdown. Betul tak?

Untuk pengetahuan anda, ramai yang mengalami masalah ini adalah dari mereka yang tak tahu sangat mengenai komputer. Bila ditanya kenapa Laptop atau PC cepat panas? jawapannya mudah sahaja, aku beli aku tau guna je, yang kat dalam tu aku tak pernah tengok klau nak repair lagilah tak boleh.

Okay baik, untuk pastikan Laptop atau PC anda sentiasa dalam keadaan cool , pastikan anda dapatkan tips yang betul.  Okay dengar sini baik-baik walaupun anda dah ada Laptop Acer, Asus, Toshiba, Dell atau pun yang paling hebat sekali pun kena juga dengar tips ni.

Langkah pertama pastikan anda mempunyai basic mekanikal untuk membuka screw di dalam Laptop dan PC anda. Bila dah berjaya buka laptop anda benda pertama yang perlu anda cari ialah CPU Fans atau nak lagi mudah kipas.

Tengok betul-betul sama ada kipas anda sudah ditutupi habuk yang tebal atau tidak. Sekiranya tebal pastikan anda bersihkan habuk berkenaan dan pasang semula dengan baik. Untuk pengetahuan anda lagi memang sukar untuk membuang habuk dari Laptop berbanding PC, sebabnya susunan komponen Laptop disusun rapi dan mereka yang takut untuk mencuba boleh hantar Laptop anda ke kedai. Selalunya kos yang di cas cuma RM 15 ke atas.

Okay baik, sekiranya anda dah bersihkan habuk, namun masih lagi lembab. Apa yang kena buat? Sila dapatkan Liquid di kedai komputer berhampiran. Saya suggest beli jenama Master Cooler yang dilihat lebih canggih dan tahan lama. Sapu liquid anda di atas processor atau cpu anda. Tahu ke yang mana ? tengok gambar bawah tu.


Okay jelas kawan-kawan semua? kalau tak faham sila komen di ruangan di bawah. Malu bertanya sesat jalan anak-anak. hehe. 

Related Posts :

0 Response to "Tips elak laptop atau pc cepat panas"

Catat Ulasan