Hujan yang tidak henti dari semalam akhirnya menyebabkan banjir di Batu Pahat . Memetik berita yang diterbitkan oleh akhbar berita harian "Seramai 295 orang daripada 82 keluarga dipindahkan di tiga pusat pemindahan akibat banjir di beberapa kampung di sekitar Ayer Hitam".
Pegawai Daerah Batu Pahat, Mohd Halim Hasbullah, berkata, sehingga jam 7 malam tadi, seramai 115 penduduk ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suria Perdana. Katanya, seramai 91 orang membabitkan 30 keluarga pula dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Paya, manakala 89 orang membabitkan 21 keluarga ditempatkan di SK Bingan.
Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Batu Pahat, Adnan Md Yassin, berkata pihaknya akan sentiasa bersiap sedia untuk menyalurkan keperluan kepada mangsa banjir, selain menempatkan beberapa kakitangannya di pusat pemindahan.
Penduduk Kampung Parit Lodang, Jamal Khamisan, 43, berkata banjir itu kali kedua berlaku selepas bah teruk pada tahun 2006. "Walaupun tidak seteruk dahulu, penduduk masih risau sekiranya berterusan dalam jangka masa panjang," katanya. Jamal berkata, banjir bermula kira-kira jam 8 malam, kelmarin selepas hujan lebat sejak jam 5 petang.
Sudah tentu penduduk di Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif memandangkan hujan kerap berlaku ketika hujung musim ditambah mengenai jabatan ramalan cuaca yang menyasarkan hujan akan turun secara kerap sehingga bulan Februari.

0 Response to "Air Hitam Johor mula naik air"
Catat Ulasan