Langganan Internet lonjak Pembangunan ICT di Malaysia


Langganan Internet mudah alih yang semakin tinggi digunakan di negara ini, membolehkan Malaysia berada dalam kedudukan yang lebih baik apabila melonjak satu anak tangga dari tangga ke-9 pada tahun 2014 kepada tangga ke-8 pada tahun 2015 dalam Indeks Pembangunan ICT (IDI) 2015 di rantau Asia Pasifik.

Di peringkat global pula, Malaysia kini berada pada kedudukan ke-64 daripada 167 ekonomi di dunia. Pada tahun 2014 Malaysia hanya sekadar berada di kedudukan ke-71 dan menunjukkan hasil yang positif pada tahun 2015.
Untuk subkategori Penggunaan, Malaysia turut melonjak ke kedudukan terbaik selepas berjaya meningkat 12 anak tangga ke tangga ke-54 berbanding pada tahun 2014 yang hanya berada pada kedudukan ke-70.

Peningkatan kedudukan untuk kategori penggunaan ICT banyak didorong oleh peningkatan perkhidmatan Internet atau jalur lebar mudah alih yang semakin pesat membangun seperti penggunaan Internet Streamyx, U Mobile, Digi, Maxis ,Yes 4G dan Celcom.

Laporan tahunan 'Measuring the Information Society Report' keluaran ITU yang turut dikeluarkan pada masa yang sama telah mendedahkan seramai 3.2 bilion rakyat kini berada secara online atau atas talian mewakili hampir 43.4 peratus jumlah keseluruhan penduduk dunia. Ini menunjukkan kepesatan teknologi masa ini telah mempengaruhi gaya hidup masyarakat.

Manakala bagi langganan selular mudah alih pula telah mencecah hampir 7.1 bilion di seluruh dunia dengan lebih daripada 95 peratus penduduk di dunia kini diliputi dengan khidmat selular mudah alih. Menurut laporan itu juga, kesemua 167 ekonomi yang dirangkumkan dalam IDI memperlihatkan peningkatan yang baik daripada tahun 2010 sehingga 2015 dari segi pencapaian Internet dalam membantu pertumbuhan ICT yang baik di seluruh dunia.

Related Posts :

0 Response to "Langganan Internet lonjak Pembangunan ICT di Malaysia"

Catat Ulasan