Tips tingkat imun badan


Seperti mana yang anda tahu ataupun tak tahu apa-apa, sistem imun badan yang baik sangat-sangatlah penting kepada kesihatan kita. Ia mampu memberi perlindungan kepada tubuh daripada pelbagai masalah kesihatan yang kronik.

Mesti ramai yang tertanya-tanya.. Bagaimana untuk mendapatkan sistem imun badan yang baik? Salah satu cara untuk membina sistem imun badan yang baik adalah dengan menjaga sistem permakanan harian serta mengamalkan diet yang seimbang berikutan diet yang seimbang bakal menghasilkan vitamin dan mineral kepada tubuh badan manusia.

Untuk pengetahuan asas anda, badan yang mempunyai fungsi imun yang kuat boleh meningkatkan rintangan daripada pelbagai jangkitan virus dan bakteria selain menghentikan pertumbuhan sel kanser dalam badan manusia.
Untuk membeli produk yang memberi keseimbangan imun badan memanglah agak mahal. Tapi jangan risau anda boleh mendapat produk buatan anda sendiri dengan hasil yang banyak dan kurang modal. Apakah itu ? Anda boleh menghasilkan jus yang terdiri daripada kombinasi Epal, Tomato dan Ubi Bit.

Epal merupakan buah yang sangat popular untuk mencegah penyakit manusia. Lihatlah cuka epal, memang sangat terbaik untuk kesihatan.  Kandungan pektin yang terdapat pada buah epal mampu menyingkirkan segala virus yang terdapat dalam badan manusia.

Manakala tomato dan ubi bit pula adalah sayur-sayuran yang mengandungi antioksidan yang tinggi . Salah satu cara untuk meningkatkan sistem imun badan ialah dengan mengambil makanan yang mempunyai antioksidan yang sangat tinggi agar dapat memulihkan kesan radikal bebas yang berbahaya pada badan manusia.

Likopen yang terdapat pada buah tomato mampu membantu manusia mencegah penyakit kanser. Ubi Bit pula adalah sayuran yang memberikan hasil warna merah di dalam kombinasi jus ini. Kandungan betasianin yang terdapat pada Ubi Bit dapat menghalang pertumbuhan tumor kanser dan membantu menyahtoksik badan kita daripada toksin yang sangat berbahaya.

Bagi mereka yang ingin mencuba, hanya perlu menggabungkan ketiga-tiga buah berkenaan dan kemudiannya blend atau mesin menggunakan mesin pemerah buah. Belilah dekat GO Shop tu kalau dah takde mesin perah buah tu. Okay sampai disitu perkongsian saya . Selamat mencuba

Related Posts :

0 Response to "Tips tingkat imun badan"

Catat Ulasan