Syarikat SNS Network telah memperkenalkan tablet mampu guna yang diberi jenama JOI . Tablet JOI sebelum ini pernah dipasarkan tahun lalu diperkuatkan kuasa pemprosesan Intel Atom dengan harga hanya RM 317 sahaja.
Versi kedua JOI, JOI 7 adalah tablet yang dikuatkan dengan sistem operasi Windows 8 yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan JOI 8, tetapi ia mempunyai perbezaan daripada skrin yang lebih kecil sebesar 7 inci.
Ia juga turut dikuasakan CPU Intel Atom dan mempunyai storan dalaman 16GB. Ini menjadikannya pilihan kepada mereka yang mahukan tablet Windows 8 dengan reka bentuk lebih kompak daripada JOI 8.
Satu lagi produk iaitu JOI 8i datang dengan paparan skrin 8 inci IPS bersama rangkaian 3G dan mempunyai storan 32GB selain kamera depan dan belakang. Ia juga turut memiliki keupayaan WIFI serta Bluetooth. JOI 8i dijual hanya berharga RM 688.
0 Response to "SNS perkenal tablet versi mampu guna"
Catat Ulasan