Jimat tenaga eletrik dengan GE


General Eletric (GE) Lightning kini berusaha menjalinkan kerjasama dengan rakan kongsi bagi membangunkan penyelesaian yang sangat efisien untuk sektor teknologi LED di seluruh Malaysia.
Pada masa  ini, Teknologi Bandar Pintar GE menyedia dan menawarkan sistem pengurusan tenaga untuk pencahayaan. Dengan memperkenalkan persekitaran pintar berkenaan melalui jaringan internet , masyarakat di Malaysia boleh menggunakan komponen sensor dalam sistem lampu LED untuk mewujudkan persekitaran bandar yang lebih indah selain menggunakan percahayaan apabila ia diperlukan sahaja.

Dengan inisiatif itu, teknologi berkenaan mampu mengurangkan penggunaan tenaga yang berlebihan dan mampu menjamin penjimatan kadar elektrik hampir 50 peratus dan mengurangkan kos penyelenggaraan sehingga 80 peratus.

Bagi menjamin manfaat bersama, GE berhasrat untuk melihat kerajaan Malaysia mengambil pendekatan itu ke arah penjimatan tenaga dengan mendidik masyarakat supaya menggunakan kadar tenaga elektrik dengan cermat seterusnya memberi penjimatan buat diri mereka sendiri.

GE sangat komited dalam melaksanakan sebarang aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi mencari penyelesaian masa depan dalam usaha mengurangkan kadar penggunaan tenaga elektrik secara berterusan dengan pembangunan LED Ultra cekap.

Related Posts :

0 Response to "Jimat tenaga eletrik dengan GE"

Catat Ulasan