Teknologi medan berdakwah

teknologi islam
Sumber : islam-science.net
Assalamualaikum wbt. Mesti-mesti ramai yang tertanya-tanya adakah sesuai kita sampaikan dakwah itu, hanya melalui teknologi yang canggih sekarang seperti laman sosial Facebook, Whatssap , Wechat dan banyak lagi lah.

Berkaitan soalan tersebut, sebenarnya untuk berdakwah pelbagai cara islam anjurkan. Cuma yang membezakan penerangan dakwah melalui media sosial dan penerangan secara face to face adalah penerangan yang terhad.
Tak faham penerangan yang terhad? okay melalui penerangan secara face to face ini, seseorang yang ingin berdakwah mudah menyampaikan isi hatinya kepada golongan yang dianggap perlu menerima dakwah. Tapi kita mungkin sukar, nak sampaikan melalui media sosial. Bila salah cakap atau termarah orang kita mahu dakwah, mereka cepat-cepat block kita.

Jadi bukan senang nak dakwah melalui media sosial. Sebagai umat islam , kita perlu sedar hakikatnya manusia itu tidak terlepas melakukan kesilapan. Jangan terus menghukum seseorang itu bila kita nak berdakwah. Biarkan diri orang itu betul apa yang dia sampaikan, kemudian barulah kita mencelah sedikit demi sedikit untuk menidakkan perbuatan yang tidak baik.

Apa yang perlu anda miliki pada zaman yang cukup canggih dari segi teknologi ini, adalah sifat sabar. Lihatlah bagaimana Nabi Muhammad S.A.W cukup sabar dengan umatnya dahulu. Baginda dihina, dipukul dan difitnah , tapi Baginda tak pernah meluahkan rasa marahnya. Contohi Nabi kita barulah kita tahu cara yang sesuai untuk berdakwah di Media Sosial.

Okay setakat di situ sahaja kawan-kawan, sekiranya ada penambahan dan pembetulan bolehlah penuhi ruangan komen di bawah bagi tujuan pembetulan. Ingat pesanan ni, jagalah nafsu kamu, kerana apabila ia meragam samalah ia macam kanak-kanak. Maka jagalah betul-betul dengan petunjuk yang berikan oleh Allah melalui Nabi Muhammad S.A.W. 



Related Posts :

0 Response to "Teknologi medan berdakwah"

Catat Ulasan