Samsung Galaxy Note 5 versi Pink



Selepas menonjol dalam tiga jenis warna mewah iaitu hitam, perak dan emas, Samsung kini telah memperkenalkan pula phablet panas mereka iaitu Note 5 dengan warna merah jambu yang masih mampu menunjukan ciri kemewahan si pemakai.

Saiz skrinnya yang 5.7 inci ditambah pula berat sekitar 171 gram saja menjadikannya mudah masuk dalam tas tangan wanita cantik seperti anda yang menggemari warna berkenaan.
Skrin layar yang terang serta cantik kerana menggunakan IPS super AMOLED beresolusi QHD 2560 x 1440 piksel dengan kepadatan mencapai 518ppi justeru menghasilkan visual yang sangat mantap melebihi mana-mana telefon lain.

Pen stylusnya juga dibekalkan dengan warna merah jambu yang kekal dengan kaedah mekanikalnya lebih kemas. Dikenali sebagai S Pen sebelum ini, anda perlu menariknya keluar dengan kuku, tetapi dengan Note 5 sudah pasti anda seakan-akan memegang ‘ball pen’ biasa.


SAMSUNG GALAXY NOTE 5
- Harga: RM2,699
- OS: Android 5.1 Lollipop
- Rangkaian: LTE Cat.9
- Dimensi: 153.2 x 76.1 x 7.6mm
- Berat: 171g
- Pemprosesan: Octa core (2.1GHz Quad + 1.5GHz Quad), 64 bit, 14 nm
- RAM: 4GB RAM (LPDDR4)
- Memori: 32GB
- Skrin: 5.7” Quad HD Super AMOLED, 2560 x 1440 (518ppi)
- Kamera: 16MP, 5MP (depan)
- Bateri: 3000mAh

Related Posts :

0 Response to "Samsung Galaxy Note 5 versi Pink"

Catat Ulasan