Tips sinarkan rambut dengan santan

santan

Ramai yang inginkan rambut mereka sentiasa bersinar serta sanggup berbelanja besar untuk memenuhi keperluan mereka itu agar sentiasa nampak cantik dan sihat. Sebenarnya tak perlu pon membazir beratus ringgit semata-mata untuk jaga rambut anda.
Oleh itu, saya ingin sarankan penggunaan santan sebenarnya mampu memberi keistimewaan khusus buat rambut anda. Selalu orang dengar santan ni memang sangat sesuai untuk makanan, tapi bolehkah untuk rambut? Jawapannya ya, sebab santan mempunyai zat besi yang bermanfaat dalam kesihatan dan merupakan salah satu alternatif yang paling terbaik untuk menjaga rambut supaya bersinar.

Santan sebenarnya mampu mencegah rambut anda supaya tidak kusut. Untuk menggunakan kaedah ini, apa yang perlu anda buat adalah membalut rambut anda selamat sejam dengan apa-apa kain atau benda yang sesuai dibalut selepas meratakan santan di rambut anda. Lakukan proses ini sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

Santan kelapa juga mempunyai lemak pati dan vitamin E yang sangat sesuai bagi tujuan meningkatkan pertumbuhan rambut serta menjadikan rambut anda semakin cantik. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mencampurkan santan dan minyak zaitun sebelum diratakan ke seluruh rambut selepas menggunakan syampu dan hasilnya mampu mengelakkan rambut anda gugur.

Kulit kepala anda selalu kering? Santan juga adalah ubatnya kerana lemak di dalamnya mampu menjadikan kulit kepala anda sentiasa dalam keadaan lembab. Hal ini mampu mencegah daripada kelemumur yang berpanjangan dan boleh merosakkan rambut anda.

Dan yang terkahir adalah memastikan rambut anda sentiasa berkilau. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mencampurkan santan bersama madu. Pastikan anda melakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan seterusnya memastikan rambut anda sentiasa sihat dan berkilau dari luar.


Related Posts :

0 Response to "Tips sinarkan rambut dengan santan"

Catat Ulasan